Satu demi satu petanda DIA turunkan, tapi insan yang berasal dari perkataan NASI yang bermakna LUPA memang fitrahnya akan lupa dengan nikmat ALLAH.. Lalu aku tertanya- tanya, dapatkah aku tergolong dalam golongan yang sedikit dari bahagian sebelah kanan itu? Semakin usiaku meningkat, semakin aku berfikir tentang hari esok. Bagaimanakah..? Adakah aku akan terus diberikan NIKMAT ISLAM? Dan adakah aku masih seperti hari ini? Bukan bermaksud aku baik, tapi sekadar masih mengingatiNYA sebagai pencipta. Sejujurnya, aku tak berani mengatakan aku benar- benar mencintaiNYA..kerana aku takut aku masih belum menunaikan hakNya yang sepatutnya. Terbuktikah kalau sekadar mengakuinya tanpa tindakan?
Tentulah, aku masih belum sampai ke tahap qiam saban malam, menginsafi diri setiap masa dan berzikir setiap saat..aku masih insan hina yang lalai dengan dunia. Sebab bukan mudah untuk berubah dalam masa singkat, apatah lagi tanpa sahabat yang mengiringi perjalanan ini. IT NEEDS SWEATS, SWORDS AND BLOOD..Bukanlah sampai berbunuhan, tapi menghadapi penentangan dari diri sendiri..
Bila aku tengok video ni,rasa insaf.
.http://www.harian-metro-online.com/lelaki-membaca-al-quran-dalam-keadaan-koma
agak-agak boleh tak, nak jadi macam ni?
Ada apa pada nama, pangkat, harta atau rupa? Kerana dimataNya hanya KETAQWAAN yang menjadi nilaian.. SEMEMANGNYA aku bukanlah manusia yang baik, apalagi sempurna,.. aku cuma TAKUT.. Takut jika aku gagal dalam menghadapi ujian DUNIA.. Kita tak pernah tahu apa yang akan berlaku esok hari..baikkah, burukkah?? Aku ingin merasai HALAWATUL IMAN itu sendiri, tapi..aku hanya insan lemah lagi hina. Sering lupa, lalai dan apabila aku sedar, aku terlalai lagi. Sering jatuh, kemudian bangkit dan jatuh lagi.. Benarlah, iman umat zaman ini cuma senipis kulit bawang. Terlalu rapuh, goyah dan mudah sekali patah dan jatuh tersungkur. Mengharap kasihNya padaku masih luas agar aku tak terus hanyut dalam dunia yang penuh tipu daya ini. Aku masih mencuba, dan mengharap kehadiran sahabat- sahabat yang solehah dihantar olehNYA kepadaku, kerana aku percaya pada KASIHNYA..
DOAKANLAH, IMAN UMAT ZAMAN INI MASIH BERTAHAN..









No comments:
Post a Comment